About Me

My photo
Hi, saya Anas. insta: the_roshad

.:: Satu Perjalanan Yang Misteri Di Angkasa Lepas ::.

Kapal angkasa kami yang hebat

Kenyataan di bawah bukanlah satu andaian. Ia betul

Bayangkan sebuah kapal angkasa yang besar telah dibina. Saya akan memberitahu anda di mana anda boleh jumpa sebuah kapal angkasa yang sama ketika ini. Ia boleh memuatkan sehingga lima ratus orang penumpang ke mana sahaja di alam semesta pada kelajuan yang ekstrem. Anda sangat bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang penumpang dalam kapal angkasa yang maju ini. Setiap penumpang boleh memilih untuk melakukan apa sahaja di atas kapal  semasa ia sedang merentasi angkasa.Apa yang anda ingin lakukan?

Inginkah anda menjadi seseorang yang bertanggungjawab dan mengemudi kapal angkasa yang berteknologi tinggi ini ? Atau anda jenis yang suka mengambil berat tentang kebajikan para penumpang dan menjadi juru kesihatan dalam kapal.

Suatu usaha yang mulia. Mungkin anda ingin menjadi kapten kapal dan mengendalikan keseluruhan perjalanan dan mengambil kes tentang kapal dan penumpang-penumpangnya. Mungkin segelintir dari anda ingin memulakan bisnes di atas kapal dan mengaut keuntungan di akhir perjalanan.

Tahukah anda apa yang akan saya lakukan ? Saya akan berbicara dengan kapten kapal yang saya tidak mahu melakukan sebarang aktiviti dan hanya berhibur melihat kepelbagaian perkara yang aneh dan misteri di sepanjang laluan di angkasa melalui teleskop sambil berehat di tepi tingkap kapal tersebut. Bagaimana dengan cadangan saya ? Mahukah anda menyertai saya dan mengahargai segala perkara yang baru yang bakal mendatang ? Saya akan bertanyakan soalan yang sama kepada seratus para pelajar di dalam kelas Fizik Kuantum baru-baru ini dan dapat merasakan yawapan 'ya' dari seluruh pelajar yang selalunya jarang bersuara kalau saya bertanyakan soalan.

Sekarang mari kita bayangkan kapal angkasa ini sedikit besar. Lebih besar. Apa kata , kapal angkasa itu boleh menampung lebih banyak. Bukan lima ratus atau lima ribu tapi lima bilion penumpang. Dan saya bertanyakan soalan yang sama. Apa yang ingin anda lakukan ?. Adakah anda masih ingin menyertai saya melihat dan mengkaji benda-benda hebat yang melewati. Sebilangan lima bilion penumpang dalam kapal angkasa merupakan jumlah yang besar. Tapi , bumi sendiri memiliki lima bilion penduduk dan ... ya kita semua sebenarnya berada di atas kapal angkasa kita ini bergerak di dalam sistem solar  melalui semesta yang semakin berkembang dan menurut Big Bang, bergerak lebih jauh dari jirannya- seperti dua titik di atas permukaan belon yang mengembang. Kemungkinan spesies awal Homo Habilis , Homo Erektus dan tentunya, Homo Sapien (kita) selepas makan akan duduk bersama di rumah dan melihat langit dan bertanya apa yang ada di luar sana, kenapa ia ada di atas kapal angkasa ini, Bumi.

Jadi apakah maksud saya ?

Kita masih bertanya soalan yang sama saban hari. Sebagai penumpang di atas kapal angkasa yang megah ini , anak-anak kita sering bertanyakan soalan di usia kecil mereka akan tetapi  semakin berkurangan apabila meningkat dewasa. Mereka semakin pudar semangat ingin tahu dan memahami alam semula jadi, maksud saya sains asas-matematik , fizik, kimia, biologi, dan sebagainya. Sudah tentu subjek yang lain tidak kurang pentingnya kepada kapal angkasa kita ini.

Homo Sapien pada hari ini berkemungkinan terlibat dalam pelbagai 'masalah kompleks' dan terlupa untuk bertanya soalan-soalan asas tentang kehidupan. Teknologi pada hari ini adalah disebabkan oleh generasi-generasi terdahulu yang sering mencari soalan serta menghasilkan jawapan mengenai alam semesta- perkara yang melalui jendela kapal angkasa kita- yang mudah ditangkap oleh minda-minda yang hebat seperti Newton dan Einstein. Ketika umat manusia berkembang mencipta dan mengenali alam, conmtohnya teknologi nano, biologi nano, molekul elektronik, atom, proton, kuark- pesona, kepelikan, kecantikan, dan ke bawah, gluon, meson, lepton, dan sebagainya. Lebih ramai penumpang yang duduk ditepi tingkap yang akan memastikan kesinambungan carta benda-benda menakjubkan yang melewati kapal angkasa kita yang hebat ini, teruja untuk ditemui.

Jadi untuk sekalian , kanak-kanak dan remaja di luar sana, marilah kita sertai para cendiakawan dan genius dan minda masa lamapu, sekarang dan masa hadapan duduk ditepi tingkap dalam perjalanan misteri di dalam kapal angkasa kita yang hebat ini.

~disediakan oleh~

Bella
Din
Anas

Leave a Reply